Salam sejahtera, semoga dengan kehadiran blog yang tidak seberapa ini mampu memberikan sedikit manfaat dan perkongsian ilmu antara kita. Mana yang buruk tingal-tingalkan manakala yang elok ambillah sebagai rujukan dan tatapan untuk anda semua.
Saya baru sahaja balik ke sekolah setelah lama meninggalkan sekolah kerana terlibat dengan Kursus KSSR Muzik Tahun 2 sebagai JUK Negeri Selangor. Hampir 2 bulan ketiadaan saya , maka banyak tugas yang tidak dapat saya selesaikan dan laksanakan. Apa pun jua, selaku seorang guru muzik yang bertangungjawab, saya perlu melaksanakan juga terutama apabila sampainya Hari Penyampaian Hadiah 2011. Saya akui, masa yang tinggal untk sesi latihan essembel angklung hanyalah tak sampai seminggu. Lagu pun belum sempat saya fikirkan dan bagaiman bentuk persembahannya masih di awan-awangan. Sedih juga kerana tidak sempat untuk memberikan yang terbaik pada semua. Namun saya bersyukur dan amat beruntung kerana semua pelajar saya yang terlibat telah memberikan komitmen yang tinggi. Saya amat terharu dengan mereka terutama pada pelajar senior tahun 6. Merekalah buah hati dan jantung pengarang saya selama 3 tahun saya cuba menceburkan mereka ke dunia muzik angklung........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan