SELAMAT DATANG


Salam sejahtera, semoga dengan kehadiran blog yang tidak seberapa ini mampu memberikan sedikit manfaat dan perkongsian ilmu antara kita. Mana yang buruk tingal-tingalkan manakala yang elok ambillah sebagai rujukan dan tatapan untuk anda semua.

~ Suhaily Samsudin D20102042730 ELB-16 ~

Followers

Nilai Persahabatan


Ceritera sebuah persahabatan.



Jan 2004 mulanya persahabatan antara kita bertiga. Segala susah, senang, cerita duka, gembira silih berganti kita tatapi bersama. Hinggalah hujung 2008, berita gembira kita bertiga telah melepasi ujian getir untuk menggenggam sebuah kejayaan yang sememangnya tak pernah terfikir antara kita untuk menerimanya. Memegang stastus sebagai "guru cemerlang". Keakraban kita makin terserlah ketika kita sama-sama bekerja dalam pasukan walau pun berlainan opsyen.Ke mana sahaja kita tetap bersama. Ingat lagi tak semasa kita pertama kali menghadiri mesyuarat GC Daerah yang pertama..kita pergi bersama kan...erm..alangkah berdebar dan tertekannya perasaan kita ketika itu. Namun dari situ jugalah kita menanam azam untuk meneruskan cita-cita kita selama ini yang terhalang. Kerana Gc akhirnya kita bertiga telah menyambung pelajaran kembali walau pun berlainan universiti, berlainan opsyen dan berlainan semester....erm...segalanya telah ditentukan. 

Namun kegembiraan itu tidak lama. Tanggal Feb 2011, Suzira telah ditukarkan ke Terengganu atas kehendak suaminya. Dia akur kerana rentak dan aliran pertukaran sebagai GC cukup berbeza. Aku dan Elya sebagai teman rapat tidak dapat menerima kenyataan ini. Bukankah kita telah berjanji untuk bersama hingga tamat pengajian nanti? Itulah kau Suzira, tak sabar sangat. Akhirnya kami mengalah dengan takdirnya. Memang ada hikmah sebaliknya. Pemergian dirimu diratapi oleh kami berdua. Hingga lewat petang kami bersamamu, mengemas dan membantu mana yang patut. Hadiah yang diberikan tidaklah seberapa..namun inilah hadiah paling berharga buat dirimu..dari kami berdua.

Atas kesibukan sebagai pendidik yang fokus pada komitmenya, aku dan Elya mulai sibuk dengan tugasan masing-masing. Begitulah dirimu walau jauh di Terengganu. Apa pun sms dan panggilan telefon sahajalah yang menjadi pengubat rindu antara kita. Betul kan...jodoh antara kita tetap ada....walau pun tidak dapat lagi makan bertiga, shopping bertiga dan membuat ketupat bertiga....hehehehe...



Awal cuti sekolah, kau mengejutkan aku dengan kedatanganmu ke rumahku...erm..kau tahu, bertungkus lumus aku menyediakan menu yang memang tak aku rancang kerana kesibukanku menyiapkan tugasan sebagai seorang mahasiswi. Akhirnya kejutan dariku, untukmu sahabat, ku hadiahkan dengan kehadiran Elya disisi kita sebagai nilai persahabatan kita. walau kau cuba sorokkan kehadiranmu...namun itu semua bukan penghalang buatku untuk bersemuka kembali seperti dahulu kala....tapi kenapa sekejap sangat kau datang? Tak sempat nak berbual panjang..dah nak balik...aduh, terkilan betul ...
Apa-apa pun inilah hadiah dariku untukmu sahabat....Suzira bt Mat.
 "Alangkah ceria jika kau ada disisi ketika ini...jgn jeles ek.....;)

Nilai Persahabatan 

Pada akhirnya kenangan dan cerita kita
Akan ditulis pada lembar terakhir
Seperti kabut hitam yang menutupi langit cerah
Bergeser, digantikan dengan sambutan awan putih
Masihkah kau ingat seperti apa kita dulu..
Merintih kesakitan karena di cemoohkan..
Lalu dibiarkan berjalan sendiri ditengah kebodohan..
dan berlaga diatas medan perang yang penuh kekacauan..
Kurindukan saat itu.. Saat kita duduk bersama
dan bercerita di satu barisan bangku panjang
Bercengkrama dan saling memperhatikan..
Sayang.. kisah itu terjadi terlalu cepat..
dan Sayang..cerita itu ditulis terlalu pendek..
Kau bagai petikan tali gitar merdu yang menidurkanku
Kala aku ingin memejamkan mata..
Kau adalah cahaya lilin kecil yang menerangiku
Ditengah kegelapan malam yang mencekam..
Masihkah kau mengingatku??
Kini kita sudah tidak lagi dihujani oleh rintik air dari langit
Sudah tidak lagi saling menghantukkan kepala diatas tanah
dan kehilangan bau wangi dari aroma tubuh saat bangun tidur
Membiarkan dirimu lenyap tanpa menolehkan wajah ke arah ku..
“..Hati ini tertawa dan menangis
Merasa kehilangan setelah terkenang
Kau sahabat yang hanya lewat ucapan bibir saja
Tanpa mengingat kenangan akan kebersamaan..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan