KONSEP MUZIK
MELODI
Susunan pic secara melintang.
·
Susunan pic tinggi,rendah dan sederhana
·
Pic boleh bergerak menuju kearah
tinggi,rendah dan mendatar - jeda
·
Pic boleh bergerak secara bertangga atau
melompat - skel
·
Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan
anatara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic – frasa lagu
·
Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk
sebuah melodi lagu
·
Pic boleh disusun secara berurutan – sekuens
·
Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain
boleh membentuk sebuah lagu – nada
Objektif untuk konsep melodi ialah:
Murid
dapat mengenal pasti dan membezakan
1. antara
melodi dan iringan
2. pic
tinggi,rendah dan mendatar
3. skel yang
dimainkan
4. pic yang
melompat dan berulang
5. nada
sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan
IRAMA
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsure masa
dalam muzik.
·
Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil
- detik
·
Setiap beat dan rehat mempunyai nilai samada
panjang atau pendek – not dan tanda rehat
·
Kumpulan beat membentuk tanda masa/meter
·
Beat-beat mempunyai tekanan – accents
·
Gabungan not/beat membentuk corak irama yang
berkaitan dan atau berulang-ulang –corak irama,ostinato,rentak
Objektif untuk konsep irama ialah:
Murid
dapat
1. merasa
nadi/detik sesuatu lagu/muzik
2. membezakan
panjang pendek sesuatu corak irama
3. merasa
tekanan/accent pada sesebuah lagu
4. membezakan
irama/rentak yang sama dan tidak sama
5. mengenal
pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan
BENTUK
Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa
pic/ton – motif.
·
Gabungan siri pic-pic menghasilkan satu ide
muzik - frasa
·
Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk
menghasilkan satu ide muzik yang lebih besar – seksyen,koras,rangkap
·
Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh
diulang dan dipelbagaikan
·
Segmen muzik seperti intro dan yang akhir
boleh diadakan – intro,koda
Objektif untuk konsep bentuk ialah:
Murid dapat membezakan dan mengenal pasti
1. frasa yang
sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/dimainkan
2. rangkaian
lagu berangkap dan korusnya
3. intro dan
koda sesebuah lagu atau muzik
HARMONI
Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menegak dan
dinyanyikan/dimainkan serentak
1. dua pic
boleh dibunyikan serentak – jeda
2. gabungan 3
atau lebih pic dimainkan serentak – triad,kord
3. dua atau
lebih rangkaian melodi boleh digabung dan dibunyikan serentak –
round,polifoni,deskan,kaunter melodi
4. iringan
kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni – kord iringan,homofoni
Objektif untuk konsep harmoni ialah:
Murid
dapat
1. membezakan
antara melodi (rangkaian) dan harmoni (himpunan pic – iringan)
2. mengenal
pasti antara lagu/muzik satu suara dan lagu/muzik dua atau lebih suara
3. menyanyi
lagu pusingan – round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi
dan deskan.
WARNA
TON
1. bunyi-bunyian
yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai cirri-ciri yang tersendiri
– alat,suara manusia,binatang,kenderaan,alam semulajadi
2. sesuatu
bunyi-bunyian yang mempunyai mutu berlainan dan memberi satu gambaran atau ide
yang tersendiri – garau,kasar,pipih,nyaring
3. hasil dan
mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri yang dibuat
daripada bahan-bahan tertentu,cara dibuat dan dibunyikan –
soprano,alto,bes,alat membranofon(gendang),aerofon(tiupan), kordofon(bertali)
dan idiofon
Objektif untuk konsep warna ton ialah:
Murid dapat
1. mengenal
pasti bunyi-bunyian yang didengar sekeliling mereka
2. menghasilkan
pelbagai bunyi yang didengar,diterokai,dieksperimenkan
3. membeza
dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut,kasar,tinggi,
rendah,garau
dll
4. mengenal
pelbagai jenis alat muzik seperti piano,rekoder,dram,dll
EKSPRESI
Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik
yang menghasikan satu ekspresi ide muzik
1. sesuatu
bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut
2. satu
sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur –
crescendo,diminuendo
3. sesuatu
bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan secara beransur –
sustain,legato.staccato
4. sesuatu
siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan
5. sesebuah
lagu/muzik mempunyai cirri-ciri tersendiri – mud (riang,sedih,cergas)
Objektif untuk konsep ekspresi ialah:
Murid dapat
1. mengenal
pasti dan membezakan antara bunyi sesebuah lagu/muzik yang kuat dan lembut
2. memahami
bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur
menjadi kuat atau sebaliknya
3. memehami
bahawa sesebuah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi
pendek,panjang,lembut,terputus-putus dll.
TEKSTUR/JALINAN
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi bunyi yang didengar
1. sesuatu
bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau tebal atau banyak –
solo,duet,trio.quartet,okestra
2. ia
ditentukan oleh pembentukan harmoni – monofoni,homofoni,polifoni
Objektif untuk konsep tekstur ialah:
Murid dapat
1. mengenal
pasti samada lagu/muzik yang didengar atau dinyanyikan oleh seorang,dua atau
lebih
2. membezakan
bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni.
terima kasih share nota SDP. hehehehe..
BalasPadam