Selamat sejahtera,
Bagi kursus yang telah saya lalui beberapa bulan ini, saya menerima banyak komen daripada guru-guru muzik ( selangor) yang mana agak keliru bagaimana untuk melaksanakan pentaksiran pada pelajar KSSR tahun 1. Mungkin pada dasarnya KSSR ini masih baru, maka ramai guru-guru yang masih belum memahami untuk melaksanakannya. Untuk itu, di sini saya cuba berkongsi sedikit comyoh-contoh pembinaan item bagi pentaksiran subjek Muzik KSSR Tahun 2.Sebenarnya pentaksiran untuk tahun 1 dan 2 tidak banyak sangat perbezaan. Asalkan guru pandai menggunakan deskriptor yang bersesuaian makapembinaan item tersebut mampu dilaksankan dengan baik. Berikut adalah contohnya.
PEMBINAAN ITEM BAND 4.
Membina Soalan Band 4
Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul serta mengamalkan nilai sahsiah.
1. B4D1E1
-Mengenalpasti mud sedih,riang dan takut
Soalan:
Berdasarkan lagu yang dimainkan, nyatakan mud lagu yang diperdengarkan dengan menggunakan ikon (wajah manusia-riang,sedih dan takut).Anda dikehendaki menunjukkan ikon setelah lagu tersebut habis dimainkan.
Lagu:
- Riang –CD 1 Track 1 Thn2”Mari Bergerak”
- Sedih-CD 1 Track 9 Thn 3 “Tidurlah Adik”
- Takut –CD 2 Track 1 Tahun “Gergasi”
Aktiviti:
1. Guru menerangkan mud yang selalu terdapat dalam lagu dan menerangkan cara menjawab soalan yang diberi
2. Guru memainkan beberapa lagu yang biasa didengar oleh murid
3. Guru memainkan lagu “mari bergerak” sehingga habis
4. Murid diminta menunjukkan ikon bagi menggambarkan mud lagu mari bergerak
5. Guru memainkan lagu “ Tidurlah adik”hingga habis
6. Murid diminta menunjukkan ikon bagi menggambarkan mud lagu “Tidurlah adik”
7. Seterusnya lagu “Gergasi’ dan murid diminta menunjukkan ikon
2. B4D1E2
Mengenalpasti tekstur nipis dan tebal
Soalan:
Mainkan alat perkusi bagi menunjukkan tekstur tebal (bass,drum) dan tekstur nipis (kerincing) pada lagu yang diperdengarkan
Aktiviti:
1. Guru memperdengarkan lagu Main muzik
2. Guru menerangkan maksud tekstur tebal dan nipis yang terdapat dalam lagu
3. Guru memainkan alat perkusi pada tekstur tebal dan nipis
4. Murid memainkan alat perkusi pada tekstur tebal dan nipis semasa lagu diperdengarkan.
3. B4D1E3
Mengenalpasti dinamik kuat dan lembut
Soalan:
Tunjukkan kad ikon (loceng) untuk dinamik kuat dan kad ikon kastanet untuk dinamik lembut dengan betul.
Lagu: CD1 Track 05 –Bunyi perkusi
Aktiviti:
1. Murid diperdengarkan lagu ‘Bunyi Perkusi”
2. Murid diberikan kad ikon untuk menunjukkan dinamik kuat
3. Murid diberikan pula kad ikon lain untuk menunjukkkan dinamik lembut
4. Guru mempengarkan lagu sambil murid menunjukkan kad ikon dinamik kuat dan lembut
4. B4D1E4
Mengecam bunyi pic tinggi,rendah dan pic tengah
Soalan:
Lakukan gerakan badan mengikut lirik lagu “See Saw”yang menunjukkan pic tinggi,rendah dan tengah dengan betul
Aktiviti:
1. Guru memperdengarkan lagu see saw
2. Guru menunjukkan pergerakan berdasarkan lirik lagu untuk pic tinggi,rendah dan tengah
3. Murid membuat gerakan bersama guru mengikut lirik lagu untuk menunjukkan pic tinggi,rendah dan tengah dengan betul
5. B4D1E5
- Mengenalpasti warna ton suara dan perkusi
Soalan:
Dengarkan bunyi suara manusia dan perkusi melalui rakaman dan alat perkusi yang dimainkan
Aktiviti:
1. Guru dengarkan bunyi suara manusia iaitu suara lelaki dan perempuan
2. Murid memilih carta ikon berdasarkan bunyi suara ( ikon gambar lelaki dan perempuan)
3. Murid memainkan dua alat perkusi yang berbeza iaitu bunyi nipis dan tebal berdasarkan rakaman yang diperdengarkan dengan betul
6. B4D1E6
Melakarkan grafik,menunjukkan tempo cepat dan lambat
Soalan:
Murid mendengar muzik yang menunjukkan tempo cepat dan
Lambat
Aktiviti:
1. Guru memperdengarkan keseluruhan lagu yang mengandungi tempo cepat dan lambat
2. Guru meminta murid melakar grafik pada tempo cepat dengan menggunakan pen marker merah pada kertas lukisan yang disediakan
3. Murid melakar grafik menggunakan pen marker biru bagi tempo yang lambat
Murid dapat membandingkan tempo cepat dan lambat dengan betul berdasarkan pengurusan grafik yang dibina dari lagu yang diperdengarkan.
7. B4D1E7
Mengenalpasti bunyi panjang dan pendek
Soalan:
Guru memperdengarkan dua bunyi ( CD 2 Track)
Contoh:
Bunyi pertama : ambulan
Bunyi kedua : meriam
Aktiviti:
1. Murid meneka bunyi panjang dan bunyi pendek
2. Kemudian murid mengajuk semula bunyi panjang(ambulan) dan pendek(meriam) dengan betul
8. B4D1E8
Membezakan ton suara
Soalan:
Guru memperdengarkan lagu bunyi di ladang (CD1 track 31). Murid meneka bunyi haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut
Contoh: kambing ( embek)
Lembu ( moo)
Itik (kuek)
Ayam (kok)
Kemudian murid mengajuk semula bunyi haiwan dengan betul tanpa muzik.
9. B4D2E1
bermain perkusi mengikut detik
Soalan:
Murid diminta menepuk detik lagu yang diperdengarkan . Murid kemudian diminta membunyikan alat perkusi mengikut detik lagu yang dimainkan:
Lagu:
- Ayam didik
- Alat Perkusi- Kastanet
Aktiviti;
1. Guru memainkan lagu Ayam Didik sambil menepuk detik lagu tersebut
2. Murid mengikut guru menepuk detik lagu tersebut bersama-sama
3. Guru menggunakan kastanet sambil memainkan detik lagu “Ayam Didik’ dan diikuti oleh murid.
10. B4D2E2
Bermain alat perkusi dengan dinamik
Soalan:
Murid diminta memainkan alat perkusi mengikut dinamik kuat(f) atau lembut (p)
Alat perkusi : - kayu tik tok, kastanet dan tamborin
Aktiviti:
1. Guru memainkan alat perkusi mengiringi lagu mengikut dinamik yang ditetapkan
2. Murid diminta menyatakan kuat atau lembut bunyi perkusi tersebut
3. Murid memainkan alat perkusi bersama guru mengikut dinamik yang
ditetapkan guru menggunakan ikon (p) dan (f)
11. B4D2E3
Bermain perkusi atau menyanyi dinamik kuat dan lembut
Soalan:
Mainkan perkusi berdasarkan lagu yang diperdengarkan mengikut dinamik kuat dan lembut
Lagu Alat
-Bunyi perkusi -loceng
-Main muzik -kayu tik-tok
Murid dapat memainkan perkusi mengikut dinamik kuat dan lembut dengan betul
Aktiviti:
1. Memperdengarkan lagu
2. Murid meneka dinamik kuat dan lembut
3. Murid bermain perkusi mengikut dinamik kuat dan lembut berdasarkan lagu yang dimainkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan