SELAMAT DATANG


Salam sejahtera, semoga dengan kehadiran blog yang tidak seberapa ini mampu memberikan sedikit manfaat dan perkongsian ilmu antara kita. Mana yang buruk tingal-tingalkan manakala yang elok ambillah sebagai rujukan dan tatapan untuk anda semua.

~ Suhaily Samsudin D20102042730 ELB-16 ~

Followers

ALAT - ALAT MUZIK TRADISIONAL MALASYIA


Berapa banyak alat muzik tradisional yang terdapat di Malaysia? Rasanya terlalu banyak hingga ada yang tidak mampu untuk kita ketahui dan kenali. Alat muzik tradisional adalah salah satu daripada peranan kita unutk mengangkat muzik Malaysia ke peringkat dunia. Ia merupakan salah satu bahan estetika dalam masyarakat kita. Mengenali alat - alat ini maka kita akan mengenali budaya masyarakat Malaysia. Selain itu, ia merupakan alat penyebar matlumat, lambang budaya bangsa, alat ritual selain untuk kegunaan hiburan semata-mata. Maka di sini sedikit sebanyak saya kongsikan beberapa alat tersebut sebagai perkongsian untuk kita semua. Sekian....

ANGKLUNG

BEDUK


BONANG

CANANG


ENGKURAI


GAMBANG KAYU

GAMBUS

GEDOMBAK

GEDUK

GENDANG

GENDANG

GENDANG JAWA

GENDANG





JIDUR

KOMPANG



NAFIRI

PEPULING


REBAB


REBANA

REBANA UBI

SAPEH

SATONG
SERULING

SERUNAI


SITAR

SOMPOTON


TABLA


TETAWAK


Nyanyian mengikut elemen lambat, cepat,staccato & Sahut-sahutan


Gabungjalin Nyanyian Dan Gerakan


LATIHAN SEBUTAN YANG JELAS DALAM NYANYIAN


PEMBINAAN ITEM BAND 4


Selamat sejahtera,
Bagi kursus yang telah saya lalui beberapa bulan ini, saya menerima banyak komen daripada guru-guru muzik ( selangor) yang mana agak keliru bagaimana untuk melaksanakan pentaksiran pada pelajar KSSR tahun 1. Mungkin pada dasarnya KSSR ini masih baru, maka ramai guru-guru yang masih belum memahami untuk melaksanakannya. Untuk itu, di sini saya cuba berkongsi sedikit comyoh-contoh pembinaan item bagi pentaksiran subjek Muzik KSSR Tahun 2.Sebenarnya pentaksiran untuk tahun 1 dan 2 tidak banyak sangat perbezaan. Asalkan guru pandai menggunakan deskriptor yang bersesuaian makapembinaan item tersebut mampu dilaksankan dengan baik. Berikut adalah contohnya.

PEMBINAAN ITEM BAND 4.

Membina Soalan Band 4
Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul serta mengamalkan nilai sahsiah.
1. B4D1E1
-Mengenalpasti mud sedih,riang dan takut

Soalan:
Berdasarkan lagu yang dimainkan, nyatakan mud lagu yang diperdengarkan dengan menggunakan ikon (wajah manusia-riang,sedih dan takut).Anda dikehendaki menunjukkan ikon setelah lagu tersebut habis dimainkan.

Lagu:
- Riang –CD 1 Track 1 Thn2”Mari Bergerak”
- Sedih-CD 1 Track 9 Thn 3 “Tidurlah Adik”
- Takut –CD 2 Track 1 Tahun “Gergasi”
Aktiviti:
1. Guru menerangkan mud yang selalu terdapat dalam lagu dan menerangkan cara menjawab soalan yang diberi
2. Guru memainkan beberapa lagu yang biasa didengar oleh murid
3. Guru memainkan lagu “mari bergerak” sehingga habis
4. Murid diminta menunjukkan ikon bagi menggambarkan mud lagu mari bergerak
5. Guru memainkan lagu “ Tidurlah adik”hingga habis
6. Murid diminta menunjukkan ikon bagi menggambarkan mud lagu “Tidurlah adik”
7. Seterusnya lagu “Gergasi’ dan murid diminta menunjukkan ikon

2. B4D1E2
Mengenalpasti tekstur nipis dan tebal
Soalan:

Mainkan alat perkusi bagi menunjukkan tekstur tebal (bass,drum) dan tekstur nipis (kerincing) pada lagu yang diperdengarkan

Aktiviti:

1. Guru memperdengarkan lagu Main muzik
2. Guru menerangkan maksud tekstur tebal dan nipis yang terdapat dalam lagu
3. Guru memainkan alat perkusi pada tekstur tebal dan nipis
4. Murid memainkan alat perkusi pada tekstur tebal dan nipis semasa lagu diperdengarkan.

3. B4D1E3
Mengenalpasti dinamik kuat dan lembut

Soalan:
Tunjukkan kad ikon (loceng) untuk dinamik kuat dan kad ikon kastanet untuk dinamik lembut dengan betul.

Lagu: CD1 Track 05 –Bunyi perkusi

Aktiviti:

1. Murid diperdengarkan lagu ‘Bunyi Perkusi”
2. Murid diberikan kad ikon untuk menunjukkan dinamik kuat
3. Murid diberikan pula kad ikon lain untuk menunjukkkan dinamik lembut
4. Guru mempengarkan lagu sambil murid menunjukkan kad ikon dinamik kuat dan lembut

4. B4D1E4
Mengecam bunyi pic tinggi,rendah dan pic tengah

Soalan:
Lakukan gerakan badan mengikut lirik lagu “See Saw”yang menunjukkan pic tinggi,rendah dan tengah dengan betul

Aktiviti:

1. Guru memperdengarkan lagu see saw
2. Guru menunjukkan pergerakan berdasarkan lirik lagu untuk pic tinggi,rendah dan tengah
3. Murid membuat gerakan bersama guru mengikut lirik lagu untuk menunjukkan pic tinggi,rendah dan tengah dengan betul

5. B4D1E5
- Mengenalpasti warna ton suara dan perkusi

Soalan:

Dengarkan bunyi suara manusia dan perkusi melalui rakaman dan alat perkusi yang dimainkan

Aktiviti:

1. Guru dengarkan bunyi suara manusia iaitu suara lelaki dan perempuan
2. Murid memilih carta ikon berdasarkan bunyi suara ( ikon gambar lelaki dan perempuan)
3. Murid memainkan dua alat perkusi yang berbeza iaitu bunyi nipis dan tebal berdasarkan rakaman yang diperdengarkan dengan betul


6. B4D1E6
Melakarkan grafik,menunjukkan tempo cepat dan lambat

Soalan:

Murid mendengar muzik yang menunjukkan tempo cepat dan
Lambat

Aktiviti:

1. Guru memperdengarkan keseluruhan lagu yang mengandungi tempo cepat dan lambat
2. Guru meminta murid melakar grafik pada tempo cepat dengan menggunakan pen marker merah pada kertas lukisan yang disediakan
3. Murid melakar grafik menggunakan pen marker biru bagi tempo yang lambat

Murid dapat membandingkan tempo cepat dan lambat dengan betul berdasarkan pengurusan grafik yang dibina dari lagu yang diperdengarkan.


7. B4D1E7
Mengenalpasti bunyi panjang dan pendek

Soalan:

Guru memperdengarkan dua bunyi ( CD 2 Track)

Contoh:
Bunyi pertama : ambulan
Bunyi kedua : meriam

Aktiviti:

1. Murid meneka bunyi panjang dan bunyi pendek
2. Kemudian murid mengajuk semula bunyi panjang(ambulan) dan pendek(meriam) dengan betul

8. B4D1E8
Membezakan ton suara

Soalan:

Guru memperdengarkan lagu bunyi di ladang (CD1 track 31). Murid meneka bunyi haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut

Contoh: kambing ( embek)
Lembu ( moo)
Itik (kuek)
Ayam (kok)

Kemudian murid mengajuk semula bunyi haiwan dengan betul tanpa muzik.

9. B4D2E1
bermain perkusi mengikut detik

Soalan:

Murid diminta menepuk detik lagu yang diperdengarkan . Murid kemudian diminta membunyikan alat perkusi mengikut detik lagu yang dimainkan:

Lagu:

- Ayam didik
- Alat Perkusi- Kastanet
Aktiviti;
1. Guru memainkan lagu Ayam Didik sambil menepuk detik lagu tersebut
2. Murid mengikut guru menepuk detik lagu tersebut bersama-sama
3. Guru menggunakan kastanet sambil memainkan detik lagu “Ayam Didik’ dan diikuti oleh murid.

10. B4D2E2
Bermain alat perkusi dengan dinamik

Soalan:

Murid diminta memainkan alat perkusi mengikut dinamik kuat(f) atau lembut (p)

Alat perkusi : - kayu tik tok, kastanet dan tamborin

Aktiviti:

1. Guru memainkan alat perkusi mengiringi lagu mengikut dinamik yang ditetapkan
2. Murid diminta menyatakan kuat atau lembut bunyi perkusi tersebut
3. Murid memainkan alat perkusi bersama guru mengikut dinamik yang
ditetapkan guru menggunakan ikon (p) dan (f)



11. B4D2E3
Bermain perkusi atau menyanyi dinamik kuat dan lembut

Soalan:

Mainkan perkusi berdasarkan lagu yang diperdengarkan mengikut dinamik kuat dan lembut

Lagu Alat

-Bunyi perkusi -loceng
-Main muzik -kayu tik-tok
Murid dapat memainkan perkusi mengikut dinamik kuat dan lembut dengan betul

Aktiviti:

1. Memperdengarkan lagu
2. Murid meneka dinamik kuat dan lembut
3. Murid bermain perkusi mengikut dinamik kuat dan lembut berdasarkan lagu yang dimainkan

Persembahan Essembel Angklung D'legasi Budaya Hari Kecemerlangan SKTS 2011


Latihan Angklung , Rekoder , Gitar , Xylophone - Hari kecemerlangan 2011


Saat ini, hanya saya yang tau betapa tertekannya saya kerana tidak sempat study skor lagu untuk dimainkan nanti...apa pun kecelaruan itu tidak akan saya paparkan pada wajah mereka demi untuk persembahan yang terbaik..biarlah diri ini shj yang mengetahui....tahun hadapan janganlah ia berulang lagi.
Erm..inilah antara bakat penting yang begitu sibuk membuat latihan berkumpulan agar tiada kesilapan pada chord gitar semasa persembahan nant.
Ketiadaan saya digunakan oleh pelajar saya dengan sebaik-baiknya. Pandai mereka membahagikan masa......
Antara pelajar yang cukup lama disisi saya.
Rehat sambil mendengar taklimat dari saya

Kenangan Bersamamu.....


Saya baru sahaja balik ke sekolah setelah lama meninggalkan sekolah kerana terlibat dengan Kursus KSSR Muzik Tahun 2 sebagai JUK Negeri Selangor. Hampir 2 bulan ketiadaan saya , maka banyak tugas yang tidak dapat saya selesaikan dan laksanakan. Apa pun jua, selaku seorang guru muzik yang bertangungjawab, saya perlu melaksanakan juga terutama apabila sampainya Hari Penyampaian Hadiah 2011. Saya akui, masa yang tinggal untk sesi latihan essembel angklung hanyalah tak sampai seminggu. Lagu pun belum sempat saya fikirkan dan bagaiman bentuk persembahannya masih di awan-awangan. Sedih juga kerana tidak sempat untuk memberikan yang terbaik pada semua. Namun saya bersyukur dan amat beruntung kerana  semua pelajar saya yang terlibat telah memberikan komitmen yang tinggi. Saya amat terharu dengan mereka terutama pada pelajar senior tahun 6. Merekalah buah hati dan jantung pengarang saya selama 3 tahun saya cuba menceburkan mereka ke dunia muzik angklung........