SELAMAT DATANG


Salam sejahtera, semoga dengan kehadiran blog yang tidak seberapa ini mampu memberikan sedikit manfaat dan perkongsian ilmu antara kita. Mana yang buruk tingal-tingalkan manakala yang elok ambillah sebagai rujukan dan tatapan untuk anda semua.

~ Suhaily Samsudin D20102042730 ELB-16 ~

Followers

KONSEP MUZIK




KONSEP MUZIK


MELODI

Susunan pic secara melintang.
·        Susunan pic tinggi,rendah dan sederhana
·        Pic boleh bergerak menuju kearah tinggi,rendah dan mendatar - jeda
·        Pic boleh bergerak secara bertangga atau melompat - skel
·        Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan anatara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic – frasa lagu
·        Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu
·        Pic boleh disusun secara berurutan – sekuens
·        Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah lagu – nada

Objektif untuk konsep melodi ialah:
Murid dapat mengenal pasti dan membezakan
1.    antara melodi dan iringan
2.   pic tinggi,rendah dan mendatar
3.   skel yang dimainkan
4.   pic yang melompat dan berulang
5.   nada sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan






IRAMA

Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsure masa dalam muzik.
·        Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil - detik
·        Setiap beat dan rehat mempunyai nilai samada panjang atau pendek – not dan tanda rehat
·        Kumpulan beat membentuk tanda masa/meter
·        Beat-beat mempunyai tekanan – accents
·        Gabungan not/beat membentuk corak irama yang berkaitan dan atau berulang-ulang –corak irama,ostinato,rentak

Objektif untuk konsep irama ialah:
Murid dapat 
1.    merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik
2.   membezakan panjang pendek sesuatu corak irama
3.   merasa tekanan/accent pada sesebuah lagu
4.   membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama
5.   mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan











BENTUK

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton – motif.
·        Gabungan siri pic-pic menghasilkan satu ide muzik - frasa
·        Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu ide muzik yang lebih besar – seksyen,koras,rangkap
·        Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan
·        Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan – intro,koda

Objektif untuk konsep bentuk ialah:
Murid dapat membezakan dan mengenal pasti
1.    frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/dimainkan
2.   rangkaian lagu berangkap dan korusnya
3.   intro dan koda sesebuah lagu atau muzik


HARMONI

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menegak dan dinyanyikan/dimainkan serentak
1.    dua pic boleh dibunyikan serentak – jeda
2.   gabungan 3 atau lebih pic dimainkan serentak – triad,kord
3.   dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabung dan dibunyikan serentak – round,polifoni,deskan,kaunter melodi
4.   iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni – kord iringan,homofoni

Objektif untuk konsep harmoni ialah:
Murid dapat
1.    membezakan antara melodi (rangkaian) dan harmoni (himpunan pic – iringan)
2.   mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan lagu/muzik dua atau lebih suara
3.   menyanyi lagu pusingan – round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.


WARNA TON

1.    bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai cirri-ciri yang tersendiri – alat,suara manusia,binatang,kenderaan,alam semulajadi
2.   sesuatu bunyi-bunyian yang mempunyai mutu berlainan dan memberi satu gambaran atau ide yang tersendiri – garau,kasar,pipih,nyaring
3.   hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri yang dibuat daripada bahan-bahan tertentu,cara dibuat dan dibunyikan – soprano,alto,bes,alat membranofon(gendang),aerofon(tiupan), kordofon(bertali) dan idiofon

Objektif untuk konsep warna ton ialah:
Murid dapat
1.    mengenal pasti bunyi-bunyian yang didengar sekeliling mereka
2.   menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar,diterokai,dieksperimenkan
3.   membeza dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut,kasar,tinggi,
rendah,garau dll
4.   mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano,rekoder,dram,dll

EKSPRESI

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang menghasikan satu ekspresi ide muzik
1.    sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut
2.   satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur – crescendo,diminuendo
3.   sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan secara beransur – sustain,legato.staccato
4.   sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan
5.   sesebuah lagu/muzik mempunyai cirri-ciri tersendiri – mud (riang,sedih,cergas)

Objektif untuk konsep ekspresi ialah:
Murid dapat
1.    mengenal pasti dan membezakan antara bunyi sesebuah lagu/muzik yang kuat dan lembut
2.   memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur menjadi kuat atau sebaliknya
3.   memehami bahawa sesebuah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek,panjang,lembut,terputus-putus dll.
                                
TEKSTUR/JALINAN

Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi bunyi yang didengar
1.    sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau tebal atau banyak – solo,duet,trio.quartet,okestra
2.   ia ditentukan oleh pembentukan harmoni – monofoni,homofoni,polifoni

Objektif untuk konsep tekstur ialah:
Murid dapat
1.    mengenal pasti samada lagu/muzik yang didengar atau dinyanyikan oleh seorang,dua atau lebih
2.   membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni.

1 ulasan: