Syukur, dalam tempoh dua hari perjalanan kursus amat baik sekali. Semalam kehadiran kami disambut dengan cukup bermakna apabila kami ditempatkan di bilik muzik di SK Kota Warisan. Namun setelah mengambil kira jadual pada hari pertama yang padat dengan sesi ceramah dan 'in haouse tranning' kami meminta menggunakan bilik gerakan / mesyuarat hingga ke petang. Perjalanan berjalan lancar.
Hari ke 2,
Bilik bertukar ke Bilik Muzik. Kami begitu santai dengan aktiviti-aktiviti muzik yang begitu padat. Elemen muzik diterangkan dan dijelaskan kepada semua peserta. Vokal dan teknik telah memberikan kesan yang mendalam terhadap peserta. Meninggalkan kenangan manis serta sebagai JU Kebangsaan saya begitu terkejut dengan setiap sesi LDK yang dijalankan, peserta memberikan komitmen yang tinggi. Ini dapat dilihat melalui segmen nyanyain' tempo cepat dan lamba't. Mereka selitkan dengan gerakan serta alat perkusi yang berseuaian. Siap dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada seperti pen.
Tanpa disedari, kehadiran Puan Siti Aishah Selaku PPD Sepang yang bertanggungjawab telah menjengah pintu bilik muzik...memperlihatkan bahawa kesungguhan pihak atasan yang begitu prihatin dalam menyempurnakan KSSR ini. Teruja melhat aktiviti yang dijalankan, beliau sempat merakan beberapa keping foto sebagai bukti kesungguhan kami. Terima kasih puan.
Berita kedatangan En Azahar selaku Penolong Pengarah Unit Kajian & Kemasyarakatan memberi impak serta semangat yang kuat pada setiap guru. Banyak ilmu serta info yang dapat dikongsi bersama beliau. Saya amat mengkagumi beliau kerana berkesempatan mencuri masa untuk menjenguk kami di hujung negeri. Terima kasih tuan.
Berikut sedikit cendarahati dari saya buat tatapan umum. Sekian. Kembali pada keesokan hari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya terlepas daripada kursus KSSR tahun 2 :D
BalasPadam